Tuesday, March 8, 2011

QUNUT SUBUH LAGI...

Saya tahu bahasan ini untuk kebanyakan kita sudah basi. Kitapun mungkin telah bosan membaca dan mendengar pembahasan tentang masalah ini. Tapi herannya, pertanyaan tentang ini selalu menghantui saya di mana saja berada. Ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Jakarta setelah 6 tahun belajar di Damaskus, seorang kenalan bertanya dengan sangat serius, “Apa hukum qunut di solat subuh?” Ketika saya berkesempatan mengajar di Malaysia, beberapa orang murid bertanya soalan yang sama. Dan sekarang, setelah saya menetap di Megapolitan Singapura, saya tetap tidak dapat lari dari soalan ini.

    Saya sempat menyimpulkan bahawa qunut solat subuh adalah keperihatinan terbesar masyarakat Islam Asia Tenggara !

Jawaban Saya

    Jawaban saya untuk soalan ini biasanya diplomatis, “Ini masalah khilafiah. Menurut Mazhab Maliki dan Syafii, sunnah. Menurut mazhab Hanafi dan Hanbali, tidak sunnah. Kedua-duanya benar. Yang salah adalah orang yang tidak melakukan solat subuh.”

    Namun ternyata jawaban ini tidak sepenuhnya memuaskan. Sebahagian rekan bahkan menyebut qunut sebagai bid’ah yang mesti diperangi. Tidak terhitung sumbangan tulisan dari berbagai tokoh untuk menjelaskan sudut pandang (point of view) mazhab Maliki dan Syafii yang menilainya sunnah. Namun sejauh pengamatan saya, dalil yang biasa disebutkan hanyalah hadis riwayat Abu Ja’far ’Isa bin Mahan Al-Razi dari Rabi’ bin Anas dari Sayyidina Anas bin Malik katanya, “Rasulullah Saw sentiasa berqunut di dalam solat subuh hingga meninggalkan dunia.” Meskipun hadis ini disahihkan oleh sebahagian ahli hadis seperti Al-Hakim dan muridnya Al-Baihaqi, sebahagian yang lain memandang sanadnya lemah.

    Lagi pula, Imam Al-Syafii yang menjadi tokoh utama pembela qunut subuh tidak pernah berdalil dengan hadis ini setahu saya. Akan tetapi, beliau memiliki dalil lain yang menurut saya lebih kuat untuk menetapkan kesunnahan qunut subuh.

Dalil Imam Al-Syafii

    Dalil yang diajukan Imam Al-Syafii cukup panjang dan memerlukan ketelitian yang tinggi. Bahasan ini dimulai dengan ucapan Anas bin Malik yang berkata, “Rasulullah Saw melakukan qunut selama satu bulan penuh lalu beliau meninggalkannya.” Riwayat ini sahih sebagaimana terdapat dalam kitab Al-Bukhari dan Muslim.

    Al-Syafi'i menjelaskan bahawa qunut yang dimaksud dalam hadis ini adalah qunut nazilah yang beliau lakukan pada tahun ke-3 hijriah setelah terjadi peristiwa pembantaian qurra’ di Sumur (Bi’r) Ma’unah. Karena sangat marah, Baginda melakukan qunut di semua solat fardhu berisi doa kemusnahan bagi kabilah Ra’l, Dzakwan, ’Ushayyah dan Bani Lahyan yang menjadi pelaku pembantaian tersebut.

    Al-Syafi'i berkata, “Semua hadits yang menceritakan qunut di selain subuh (terjadi) setelah pembantaian di Bi'r Ma'unah.”

    Adapun qunut subuh, maka berbagai hadis menceritakan bahawa Rasulullah Saw telah melakukannya sebelum peristiwa tersebut berlaku. Al-Zuhri meriwayatkan dari Salim dari Ibn Umar bahawa ia mendengar Rasulullah Saw apabila mengangkat kepalanya daripada ruku pada solat subuh berkata, “Ya Allah, laknatlah fulan dan fulan.” Setelah mengucapkan “Sami’allahu liman hamidah.” Lalu Allah menurunkan ayat Surah Ali Imran 128 yang berisi teguran bahawa hak menurunkan azab dan menerima taubat hanya milik Allah Swt. Hadis ini dikeluarkan oleh Imam Al-Bukhari (kitab tafsir, no. 4559).

    Qunut ini berlaku pada perang Uhud sebagaimana riwayat Umar bin Hamzah dari Al-Zuhri yang dikeluarkan oleh Al-Baihaqi dalam kitab ”Ma’rifat Al-Sunan Wal-Athar.” Dalil lain yang menunjukkan bahawa ayat 128 surah Ali Imran ini turun pada perang Uhud adalah hadis riwayat Muslim dari Anas bahwa pada perang Uhud gigi depan Rasulullah Saw patah dan wajah beliau luka. Baginda lalu mengusap darah daripada mukanya dan bersabda, “Bagaimana beruntung suatu kaum yang melukai wajah Nabinya dan mematahkan giginya?” Baginda lalu berdoa (untuk membinasakan) mereka sehingga turunlah ayat ini.

    Perang Uhud berlaku sebelum peristiwa Bi’r Ma’unah, jadi qunut subuh telah ada sebelum qunut satu bulan yang Nabi lakukan di semua solat karena pembantaian qurra. Baginda lalu meninggalkan semua qunut ini sebagaimana ucapan Anas. Namun pertanyaannya : apakah beliau meninggalkan qunut pada semua solat fardhu, ataukah semuanya kecuali subuh? Al-Syafii menjawab, “Semuanya kecuali subuh.”

    Itu karena riwayat Abu Hurairah menunjukkan bahawa beliau tetap melakukan qunut setelah kejadian tersebut. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari jalur Ibn ’Uyainah dari Al-Zuhri dari Said bin Al-Musayyab dan Abu Salamah dari Abu Hurairah katanya, “Apabila Rasulullah mengangkat kepalanya daripada ruku dalam solat subuh, beliau berkata: samiallahu liman hamidah. Lalu Baginda berkata: Ya Allah, selamatkanlah Al-Walid bin Al-Walid, Salamah bin Hisyam, Ayyasy bin Abi Rabiah dan orang-orang lemah dari kaum mukminin. Ya Allah, kuatkanlah tekanan-Mu kepada Mudhar, dan jadikanlah tahun-tahun mereka (kering) sepertimana pada masa Nabi Yusuf.”

    Yahya Ibn Abi Kathir meriwayatkan hadis ini dari Abu Salamah dari Abu Hurairah namun ia berkata, “...dalam solat isya” dikeluarkan oleh Al-Bukhari dan Muslim. Al-Baihaqi berkata dalam Ma’rifat Al-Sunan wa Al-Athar, “Boleh jadi Yahya bin Abi Kathir keliru menyebut isya dalam hadis ini. Al-Zuhri lebih hafiz daripadanya. Lagi pula, riwayat Al-Zuhri dari Abu Salamah didukung oleh riwayatnya dari Said bin Al-Musayyab.”

    Imam Al-Bukhari juga meriwayatkan hadis ini melalui jalur lain, iaitu jalur Mughirah bin Abdurahman dari Abu Al-Zinad dari Abu Hurairah. Al-Bukhari lalu berkata: berkata Ibn Abi Al-Zinad dari bapaknya: ini semuanya di dalam solat subuh.

    Di akhir riwayatnya, Abu Hurairah berkata, “Pada suatu hari, saya tidak lagi melihat Rasulullah Saw mendoakan mereka (orang-orang yang tertindas di Mekah).” ketika ditanyakan tentang hal ini, maka dijawab, “Tidakkah kamu melihat mereka telah datang (ke Madinah)?”

    Riwayat ini sangat jelas menunjukkan bahawa Rasulullah Saw tetap melaksanakan qunut dalam solat subuh sejak perang Uhud hingga tahun-tahun terakhir kehidupan beliau di Madinah. Sebab Abu Hurairah masuk Islam setelah peperangan Khaibar pada tahun ke-7 hijriah. Dan Al-Walid bin Al-Walid bersama para sahabat Nabi Saw lainnya yang tertindas di Mekah berhasil melarikan diri dan bergabung bersama kaum muslimin di Madinah beberapa hari sebelum penundukan kota Mekah pada tahun ke-8 H.

    Setelah itu, tidak ada satu dalilpun yang menceritakan bahawa Rasulullah Saw meninggalkan qunut subuh hingga Baginda wafat pada tahun ke-10 hijriah. Al-Syafi'i berkata, “Adapun qunut di shalat subuh maka (perbuatan itu) sahih dilakukan Nabi Saw pada peristiwa Bi'r Ma'unah dan juga setelah peristiwa itu. Tidak ada seorangpun yang meriwayatkan bahwa beliau meninggalkannya setelah itu.”

    Jika ada di antara anda yang pernah berjumpa dengan hadis sahih yang bercerita bahawa Nabi Saw meninggalkan qunut setelah itu, tolong beritahu saya.

7 comments:

  1. Assalamu'alaikum wbt...

    Walaupun masalah ini khilafiah, dan saya sendiri cenderung qunut dalam subuh pendapat yg tidak kuat.. Namun orang yang mengamalkannya, bagi saya tidaklah sampai ketahap sesat.. Bahkan bila solat mengikuti imam yg membaca qunut dalam subuh, maka wajib baginya menadahkan tangan mengaminkannya dalam rangka mengamalkan hadis Nabi "Dijadikan Imam itu untuk diikuti."

    Hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w meninggalkan qunut subuh ini adalah hadis Sa'ad bin Thoriq bin Asyam Al-Asyja'i, beliau berkata:

    قُلْتُ لأَبِيْ : "يَا أَبَتِ إِنَّكَ صَلَّيْتَ خَلْفَ رَسُوْلُ الله صلى الله عليه وآله وسلم وَأَبِيْ بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيَ رَضِيَ الله عَنْهُمْ هَهُنَا وَبِالْكُوْفَةِ خَمْسَ سِنِيْنَ فَكَانُوْا بَقْنُتُوْنَ فيِ الفَجْرِ" فَقَالَ : "أَيْ بَنِيْ مُحْدَثٌ".

    "Aku bertanya kepada ayahku: "Wahai ayahku, engkau solat di belakang Rasulullah s.a.w dan di belakang Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali radhiallahu 'anhum di sini dan di Kufah selama 5 tahun, adakah mereka melakukan qunut pada solat subuh?". Maka dia menjawab: "Wahai anakku perkara tersebut (qunut subuh) adalah perkara yang diada-adakan (yakni bid'ah)." (Riwayat Tirmizi no: 402, An-Nasa`i no: 1080, Ibnu Majah no: 1242, Imam Ahmad 3/472, dll)

    Bacaan qunut yang biasa dibaca "Allahummahdina fiman hadait..." riwayat ini diambil daripada qunut witir.. Jika benar Nabi s.a.w pernah amalkan qunut subuh ini, tentu ada diriwayatkan tentang bacaan khusus Nabi di dalam solat subuh... Wallahua'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, setiap kajian yg dilandasi semangat mencari ilmu selalu mencerahkan, dan tentunya mengasyikkan. Tentang qunut shubuh ini, semakin nyata saja bahwa beliau Muhammad bin Idris [Imam Syaf'i] sedemikian jeli dan teliti akan hadits dan sunnah Rasul, wajar saja para ulama' sekurun dan setelah beliau menjuluki "Nashirus sunnah". Semakin terang benderang.. kepantasan julukan ini, masya Allah!

      Delete
    2. Jawapan kpd saudara Abu Soleh Mohd Safwan:

      Hadis yang di kemukakan oleh anda, sebenar nya ada sambungan syarahnya oleh Ibnu Arabi dalam mensyarahkan hadis tirmizi iaitu :
      "Telah tetap dan sah bahawa nabi saw qunut dalam solat subuh ,ada qunut sebelum rukuk atau sesudah rukuk, tetap pula nabi ada qunut nazilah dan qunut para khalifah di madinah dan saidina umar mengatakan qunut itu sunat, telah di amalkan di masjid madinah, kerana itu jangan kamu melihat dan jgn pedulikan ucapan yang lain dari itu"

      nampaknya omongan Tariq ini tidak dapat di percayai dan mungkin ini bukan perkataan Tariq.

      tahukan Tariq banyak hadis qunut di sebut dalam bukhari dan banyak sahabat meriwayatkan dan mengamalkannya.

      jadi kaedah fiqh terpakai dalam masalah ini : "orang yang mengatakan ada di dahulukan untuk di pegangi dari orang yang mengatakan tidak ada.

      Delete
  2. Salam akhi, bagi doa qunut subuh sudah tentu ada doa khusus yang akan nabi s.a.w ajarkan pada umat memandangkan solat subuh adalah solat wajid yang harus kita contohi agar solat ini wajib dicontohi. Amal soleh tunjukkan doanya qunut khusus waktu subuh yang dibaca oleh nabi ia -itu selain dari Qunut Nazilah. Doa qunut subuh yang dibaca oleh kebanyakan itu; jika diteliti adalah doa qunut yg dibaca nabi ketika dalam solat witir 10 malam akhir semasa Ramadan. Maaf jika saya. Afwan

    ReplyDelete
  3. Setiap amalan dalam solat terutama bacaannya mesti mempunyai petunjuk dari raulullah saw. Malangnya dalil bacaan qunut suboh tidak pernah dikemukakan oleh pembela qunut suboh walaupun sudah 15 abad rasulullah wafat. Adakah rasulullah tidak mengajarkan doa qunut suboh atau adakah para 2 sahabat ranhum terlupa untuk menyampaikan doa qunut suboh untuk umat ini sehingga umat ini terpaksa menggunakan doa qunut witir sebagai pengganti doa qunut suboh, sungguh tidak masuk akal. bahkan hari ini doa qunut witir yg dipaksakan kedalam qunut suboh itu dibacakan dengan jahar dan sirr..
    Dalil disyari’atkan doa qunut dalam solat sunat witir adalah hadis berikut:

    Hasan bin Ali radhiallahu 'anhuma berkata, Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam telah mengajarkan aku beberapa kalimat yang harus aku ucapkan di dalam solat witir, iaitu:

    اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ

    وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ

    إِنَّكَ تَقْضِي وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ وَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ

    وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ.
    Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud – hadis no: 1425. al-Nawai juga mensahihkannya dalam al-Majmu’, jld. 3, ms. 472. Juga dikeluarkan oleh al-Nasai dengan tambahan selawat pada akhir doa akan tetapi ini adalah dhaif sebagaimana nilai al-Albani dalam Dhaif Sunan al-Nasai – hadis no: 1746.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al albani masih diragukan sebagai ahli hadist... kok bisa-bisanya menilai sebuah hadist dhaif atau shahih.... wahabi kali yeyeye

      Delete
  4. salam, boleh baca artikel kami juga

    1- http://www.aswj-rg.com/2013/12/kesunnahan-qunut-subuh-secara-terus-menerus-jawapan-buat-abul-jauzaa.html

    2- http://www.aswj-rg.com/2014/01/jawaban-atas-tuduhan-dlaif-dan-bidah-qunut-salat-subuh.html

    ReplyDelete